Ewon sampaikan sumbangan berjumlah RM233,000 daripada YBR dan Peruntukan Khas Menteri

PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan berjumlah RM233,000 daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Peruntukan Khas Menteri kepada enam persatuan dan kelab serta 34 pelajar.

Advertisements

Sumbangan itu disampaikan pada majlis ringkas di Pejabat Tekun Penampang, di sini, hari ini.

Penerima sumbangan daripada YBR ialah Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Swasta Daerah Kota Belud sebanyak RM50,000 untuk melaksanakan Program Tahunan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) Kota Belud

Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah turut menerima sebanyak RM50,000 daripada YBR untuk menjayakan Program Pendataan dan Pendidikan Keusahawanan Penjaja dan Peniaga Kecil di Kawasan Kadamaian, Kota Belud dan Penampang.

Penerima peruntukan khas menteri ialah Kelab Rekreasi Lestari Sabah (RM20,000), Pertubuhan Pembangunan Kesejahteraan Wanita dan Keluarga Kota Kinabalu Sabah (PELITA) sebanyak RM20,000, Persatuan Pelancongan Penampang (RM50,000) dan Persatuan Prihatin Kota Belud Sabah (PRIHATIN) sebanyak RM20,000.

Ewon turut menyampaikan Bantuan Awal Pengajian YBR sebanyak RM23,000 kepada seramai 36 penerima yang terdiri daripada pelajar dan wakil pelajar yang akan melanjutkan pengajian di universiti.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles