Polis Semporna terima lima laporan polis terhadap warga China yang bekerja tanpa pas kerja

SEMPORNA: Polis daerah Semporna menerima sekurang-kurangnya lima laporan polis daripada pengusaha pelancongan warga Malaysia yang menzahirkan rasa tidak puashati terhadap beberapa warga China yang bekerja tanpa pas kerja yang sah di daerah itu.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol, dalam satu kenyataan, berkata pengusaha pelancongan terbabit juga khuatir kehadiran pekerja China yang hanya menggunakan pas lawatan itu akan menimbulkan kesan yang tidak baik.

Katanya mereka khuatir golongan pekerja China itu akan memberi kesan negatif terhadap sektor pelancongon dan perniagaan di daerah berkenaan yang terkenal sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, khususnya aktiviti menyelam.

Menurut Mohd Sabri, pengadu atau pengusaha pelancongon terbabit telah merujuk perkara itu kepada Kementerian Pelancongan, keseniaan dan kebudayaan untuk tindakan lanjut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles