Penduduk Putatan dan sekitarnya diminta waspada ancaman ribut – Jeffery Nor

Oleh Jaafar Abd Wahid

Advertisements

PUTATAN : Penduduk di kawsan ini dan sekitarnya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling memandangkan hujan ribut yang melanda beberapa buah daerah di negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Ketua Umno bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata, langkah berwaspada, terutama mereka yang tinggal berhampiran kawasan pantai ekoran kenyataan Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengluarkan amaran ribut petir yang melanda beberapa kawasan di Sabah sejak dua hari lepas.

Antara kawasan yang terlibat termasuk di kawasan pedalaman, iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, dan Tambunan. Pantai Barat, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Kota Belud, Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Saya berharap penduduk di kawasan ini dan sekitarnya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya bagi mengelakkan risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bergegas ke Pulau Gaya bagi meninjau beberapa buah rumah penduduk di kampung tersebut yang terjejas akibat ribut yang melanda pada Selasa.

Jeffery bersama rombongan Umno bahagian Putatan menaiki bot dalam keadaan hujan dan ribut ke Pulau Gaya semata-mata untuk menijau sendiri keadaan rumah penduduk yang terjejas terok ekoran ribut yang melanda.

“Kita bersimpati dan ini merupakan musibah yang tidak dijangka, Umno bahagian akan membantu setakat termampu bagi meringankan beban mangsa yang terlibat untuk memperbaiki kerosakan kecil rumah mereka yang boleh diperbaiki segera,” katanya.

Beliau juga berharap pihak berkenaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu Jeffery yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Umno Sabah turut mengingatkan orang ramai agar aktiviti luar serta perjalanan termasuk nelayan dinasihatkan agar menangguhkanya seketika sehingga keadaan cuaca kembali stabiL

Katanya, orang ramai perlu sentiasa memantau perkembangan cuaca melalui laman web rasmi MetMalaysia atau aplikasi mudah alih, serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan jika keadaan bertambah buruk.

“Penduduk juga dinasihatkan agar menjauhi kawasan pantai , kawasan bangunan yang tidak kukuh dan kawasan lapang bagi mengelak kejadian yang tidak diingini serta tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang berpokok ini kerana banyak kejadian dilaporkan kenderaan dihampap pokok,” katanya.

Dalam pada itu Jeffery juga meminta pihak berkuasa khususnya Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu agar sentiasa memantau pokok-pokok yang ditanam di laluan utama di beberapa batang jalanraya di sekitar Kota Kinabalu yang berasiko tumbang dan patah agar dapat ditebang atau dipotong.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles