PUTATAN : Obor atau momentum kemenangan Barisan Nasional (BN) Pilihanraya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri Kelantan bakal dibawa oleh Umno/BN Sabah bagi menghadapi Piliahnraya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang .
Pengarah Jabatan Pilihanraya Umno Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata kejayaan di PRK Nenggiri akan membawa imej positif kepada Umno khususnya di Sabah yang bakal berhadapan dengan PRN paling lewat seawal tahun depan.
“Kemenangan calon BN di PRK Nenggiri ini membuktikan parti i mampu pulih dan bangkit selepas proses pembersihan dalaman dilakukan sebelum ini termasuk di Sabah,” Katanya ketika diminta mengulas kemenangan calon BN PRK Dun Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani .
Mohd Azmawi menewaskan calon BERSATU mewakili PN Mohd Rizwadi Ismail dengan memperolehi 9,112 unding berbanding 5,741 undi.
Menurut Jeffery kemenangan BN pada PRK Nenggiri ini berdasarkan beberapa faktor antaranya kegagalan kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS membangunkan Kelantan khususnya di kawasan Nenggeri yang berhadapan dengan beberapa kekurangan antaranya Pembangunan insfrastruktur asas seperti jalanraya, bekalan air ,peluang pekerjaan dan ekonomi Masyarakat setempat selain BN turut menampilkan calon muda dan strategi yang berkesan semasa berkempen.
Jeffery berkata kejayaan Umno/BN di Nenggiri sudah tentu memberikan aura positif kepada ahli-ahli parti Umno apalagi dalam kontek Umno Sabah yang dicemuh oleh pihak lawan dengan pelbagai proganda termasuk usaha pihak-pihak tertentu di negeri ini yang membawa sentiment anti parti Malaya walaupun Umno sudah bertapak lebih 33 tahun di negeri ini,.
“Apapun Isu-isu yang dibangkitkan bagi menghalang keberadaan Umno dalam persada politik di negeri ini ,ianya tidak cukup untuk mempengaruhi pemikiran ahli dan rakyat Sabah yang lebih prihatin dengan isu pratikal seperti tadbir urus,pembangunan terutamanua infsrastruktur asas yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan hari ini” katanya,
Menurutnya, sikap sebilangan pemimpin GRS yang gagal memberikan naratif secara fakta dan data, sebaliknya terus memainkan retorik, sentiment bangsa sentiment kenegerian sudah tentu tidak akan memberikan kesan mendalam terhadap perjuangan Umno/BN di negeri ini,
“Hakikatnya Nenggiri dan Sabah itu berbeza tetapi momentum Umno Kelantan itu boleh dibawa ke Sabah dalam strategi yang berbeza bagi menghadapi prn akan datang” jelas Jeffery