TAMBUNAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan telah menyediakan perkhidmatan kanopi secara percuma untuk kegunaan kesusahan di sekitar daerah Tambunan.
Perkhidmatan kanopi berukuran 20 x 20 kaki secara percuma itu adalah yang pertama kali di Sabah diperkenalkan Gagasan Rakyat Tambunan.
Penyediaan perkhidmatan kanopi percuma itu dibuat susulan pemerhatian Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Dato’ Victor P. Paut yang mendapati bahawa perkhidmatan konopi merupakan satu kemudahan yang amat diperlukan penduduk yang menghadapi kesusahan.
“Saya menyedari bahawa ada dikalangan penduduk disini tidak mampu untuk menyewa konopi terutama sekali pada masa kesusahan.
Atas sebab itu dan rasa simpati saya tampil untuk menyediakan perkhidmatan konopi secara percuma bagi meringankan beban penduduk yang memerlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan rasmi perkhidmatan kanopi secara percuma untuk kegunaan kesusahan di sekitar daerah Tambunan.
Di majlis yang sama, Victor turut menyampaikan sumbangan kanopi kepada dua gereja di daerah Tambunan.
Semantara itu, penduduk Tambunan ketika ditemui menyatakan penghargaan mereka kepada Victor diatas keprihatinan menyediakan perkhidmatan kanopi berkenaan secara percuma.
Menurut mereka, ini merupakan kali pertama seorang pemimpin anak watan daerah ini tampil memberikan perkhidmatan sedemikian.
Penduduk yang memerlukan perkhidmatan berkenaan diminta menghubungi Encik Des, setiausha kerja pejabat Gagasan Rakyat Tambunan di talian 012-8672479.