Pemimpin akar umbi UMNO digesa teruskan strategi sampaikan info berkesan

BEAUFORT: Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata ahli parti di peringkat akar umbi memerlukan informasi tepat dan maklumat yang terkini terutama perkara yang berkaitan isu-isu semasa.

Advertisements

Beliau berkata ia penting agar ahli UMNO sentiasa cakna dan secara langsung dapat mempertahankan dan memperkuatkan parti selain mencegah daripada ahli Umno dipengaruhi dan terpengaruh dengan pelbagai persepsi, propaganda dan fitnah yang dimainkan oleh parti lawan untuk meraih sokongan.

“Kita maklum pihak lawan ketika ini aktif mengapliakasikan pelbagai strategi dan pendekatan terutamanya dengan menggunakan media baharu bagi mengwujudkan pelbagai prsepsi negetif kepada Umno/BN dengan harapan dapat menutup kegagalan mereka mentadbir dan membangunkan Sabah ketika dan menyifatkannya sebagai masalah yang diwarisi dari Umno/BN ,“ katanya ketika berucap di majlis perasmian Jelajah Penerangan Umno Malaysia di Parlimen Beaufort di dewan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) dekat sini pada Sabtu lepas.

Turut hadir Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Satul Paduka Mohd Rafi Ali Hassan selaku penceramah program tersebut,Ahli Parlimen Beaufort yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Siti Aminah Aching, Timbalan Ketua Umno bahagian Haji Jaluddin Hj.Kadir Setiausaha Umno bahagian Abdul Rahman Mohd Taib dan Ketua Penerangan Umno bahagian Beaufort Awang Damit@Handraf Jion.

Sehubungan itu, Awang Aslee berharap mereka yang berpeluang menghadiri program tersebut agar dapat menyebarluaskan segala maklumat kepada ahli di peringkat akar umbi.

“Saya kagum semangat ahli-ahli yang hadir menyertai program ini, ianya menunjukkan kesungguhan bagaimana mereka cuba untuk pastikan maklumat yang diterima pada hari ini yang disampaikan semua penceramah, input yang telah diberikan dapat diturunkan kepada keseluruhan ahli di peringkat Cawangan-cawangan dan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Rafi yang juga Ketua Umno bahagian Labuan ketika menyampaikan ceramah di majlis tersebut berkata Program Jelajah Penerangan UMNO Malaysia yang digerakkan ke bahagian-bahagian seluruh negara adalah pendekatan yang sangat bermanfaat dalam strategi menyampaikan informasi yang bukan saja efisyen dan praktikal tetapi juga memberi kesan.

Katanya aplikasi pendekatan dan method baharu ini bukan saja menerangkan penggunaan media sosial yang biasa bahkan dari sudut memanfaatkan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan atau AI (artificial intelligence) dan sebagainya.

“ Kita juga ada majlis dialog bagi memberi pencerahan yang penting untuk manfaat kepimpinan di peringkat cawangan khususnya penerangan bagi menyampaikan maklumat kepada anggota akar umbi. Ini kerana khalayak yang memenuhi dewan dapat bertanyakan pelbagai soalan secara terus,” Katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles