MSSD ruang lahirkan altet berpotensi masa depan – Harun

PITAS : Kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) merupakan ruang dalam melahirkan atlet baharu sekali gus berpotensi mewakili negeri serta negara pada masa depan.

Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC, Datuk Harun Ismail berkata, beliau ingin melihat ada atlet dapat dikenalpasti berpotensi, berbakat serta mampu beraksi pada kejohanan besar olahraga di peringkat antarabangsa.

Katanya, kekurangan kemudahan sukan bukan menjadi halangan sebaliknya bertekad berusaha memberikan komitmen tinggi mencapai kejayaan dalam bidang sukan.

“Kita melihat kalangan atlet MSSD pada hari ini memang mempunyai potensi besar untuk digilap bakat mereka terutama dalam bidang olahraga.

“Dalam masa sama sudah pasti kejohanan ini sangat dinantikan kerana sebagai ruang untuk menguji kemampuan mereka mewakilj sekolah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kejohanan olahraga Sekolah Rendah (SK) MSSD Pitas di sini semalam.

Harun berkata, semua peserta sukan olahraga perlu positif, berusaha bersungguh-sungguh sekali gus merebut peluang untuk menunjukkan kemampuan sebenar mereka.

“Aktiviti sukan olahraga ini bukan sahaja mampu melahirkan atlet yang hebat, tetapi ia juga dapat mendidik sifat disiplin serta menjadikan daya tahan fizikal dalam kalangan pelajar.

“Kita sangat yakin akan ada kalangan pelajar menyertai sukan olahraga ini akan terpilih ke peringkat seterusnya serta mewakili Pitas pada kejohanan besar,” jelas Harun.

Pada kejohanan olahraga MSSD ini, SK Salimpodon Darat diumumkan selaku juara manakala SK Pinggan-Pinggan tempat kedua serta ketiga SK Bawang Pitas.

Turut hadir, Guru Besar SK Pekan Pitas II, Alexzenry Kusam dan Pengerusi Persatuan Guru Besar Daerah Pitas, Juri Sunny.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles