KOTA KINABALU: UMNO perlu mengenalpasti sikap yang paling sesuai untuk menarik balik sokongan dan kembalikan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO, terutama menjelang pilihan raya umum ke -16 ( PRU16), kata bekas bendaharu agung UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Menurutnya UMNO wajar memilih satu dari antara dua pilihan yang wujud pada masa ini.
Sambil menggariskan pilihann yang terbuka untuk UMNO, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata pilihan pertama adalah mengambil tanggapan bahawa Orang Melayu banyak terhutang budi kepada UMNO atas usaha mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 dan pelbagai bantuan khas yang telah diberikan oleh UMNO kepada orang Melayu.
ADUN Usukan itu turut mengajukan pilihan kedua ialah mengambil tanggapan bahawa UMNO banyak terhutang budi kepada Orang Melayu kerana memberi peluang kepada UMNO memerintah negara selama 60 tahun.
“Saya yakin jikalau kita pilih pedekatan yang sesuai dan mempunyai sikap yang betul maka harapan untuk menarik balik sokongan dan kembalikan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO akan tercapai,” kata Salleh dalam catatan terbaharu di Face Book.