Dr. Joachim seru belia, beliawanis hayati perjuangan PBS

KIULU: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyeru golongan muda untuk menghayati perjuangan parti yang murni.

Advertisements

“Hanya melalui pengertian mereka akan melahirkan rasa komited untuk menyokong PBS.

“Perjuangan PBS adalah sebuah perjuangan yang murni,” katanya, sambil menambah beliau melihat belia dan beliawanis adalah masa depan parti.

Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian N.15 Kiulu di Kampung Malangang Lama, di sini, kelmarin (8 Julai).

Beliau turut menyarankan semua ahli PBS Kiulu untuk terus bersatu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, memorandum persefahaman (MoU) yang telah termeterai dengan StarSabah akan menguatkan lagi GRS.

Katanya, semua ahli PBS perlu bersatu menyokong kepimpinan parti seterusnya menjadi gabungan yang kuat.

“Kiulu adalah merupakan salah satu kerusi berpotensi memberikan kemenangan kepada GRS dan semua ahli mesti mempertahankan kerusi yang dimenangi sebelum ini.

“Kıta akan pastikan kemenangan itu terjadi dengan bekerja keras dan perlu bersatu,” katanya.

“Syabas dan tahniah kepada Ketua Bahagian PBS Kiulu yang juga ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai serta semua ahli PBS yang telah berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunan di peringkat bahagian”, kata Dr. Joachim.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden PBS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim; Bendahari PBS, Datuk Lu Kim Yen, Naib Presiden, Datuk Johnny Mositun; Ketua Pemuda GRS yang juga ADUN Telupid, Datuk Dr. Jonnybone Kurum; Ketua Pergerakan Pemuda PBS, Dr. Christoper Mandut; Ketua-ketua Bahagian, Pengerusi Tetap mesyuarat, Stanis Buandi: wakil-wakil daripada rakan-rakan komponen GRS serta Exco Pergerakan Wanita dan Pemuda.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles