Qhazanah Technology Sdn Bhd, KKTP lancar Sistem Atas Talian

KOTA KINABALU: Qhazanah Technology Sdn. Bhd. (QTSB) dengan kerjasama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah (KKTP) hari ini dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Sistem Atas Talian (QTECH Online System) yang bertujuan untuk memudahcara proses permohonan berkaitan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sabah.

Advertisements

Majlis pelancaran itu merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha merealisasikan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) dan transformasi digital Negeri Sabah.

Majlis itu dirasmikan Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Turut hadir Datuk Dr. Jamili Nais – Setiausaha Tetap KKTP, Stanley Chong – Timbalan Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Awang Ahmad Sah Bin Awang Sahari – Pengerusi QTSB, Datuk Maznah Binti Abdul Ghani – Timbalan Pengerusi QTSB, Tuan Rudy Jaglul – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Qhazanah Sabah Berhad dan Tuan Mikail Sungiau Abdullah – Ketua Pegawai Eksekutif QTSB.

Pengerusi QTSB, Datuk Awang Ahmad Sah Bin Awang Sahari, dalam ucapan alu-aluannya menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah atas sokongan padu kepada QTSB serta beliau juga turut menyatakan rasa bangga atas usaha gigih seluruh warga kerja QTSB yang telah bertungkus lumus dalam merealisasikan pelancaran sistem ini.

Beliau juga berharap semua agensi, syarikat telekomunikasi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memanfaatkan inisiatif ini sepenuhnya untuk mengoptimumkan tahap penyampaian serta perkhidmatan yang mampu memberi manfaat rakyat dan ekonomi Negeri Sabah.

Sistem Atas Talian ini adalah sejajar dengan inisiatif Kerajaan Digital Berteraskan Teknologi dan Inovasi di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Dengan adanya sistem ini, proses permohonan, kuiri dan kelulusan berkaitan infrastruktur telekomunikasi akan dijalankan secara digital, meningkatkan kecekapan operasi serta mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan.

Majlis ini berlansung selama dua hari iaitu pada 25 Jun 2024 sehingga 26 Jun 2024 dan melibatkan pelbagai agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat telekomunikasi. Pada hari pertama, selain acara pelancaran sistem, sesi bengkel juga diadakan pada sebelah petang untuk memberi pendedahan kepada wakil-wakil PBT tentang cara penggunaan sistem atas talian ini.

Manakala, hari kedua diteruskan dengan sesi bengkel bersama syarikat telekomunikasi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles