Azis biadap, cetek akal: Nizam

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyifatkan Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd Azis Jaman sebagai seorang yang biadap dan cetek akal dalam berbicara dan melabel pihak lain.

Advertisements

“Dia biadap, dan tidak salah juga untuk saya katakan cetek akal, kerana apa?, kerana dia samakan kompenen parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai Firaun.

“Takkan tidak kenal siapa Firaun dan apa sifat-sifat Firaun semasa memerintah tanah Mesir ketika sebelum Nabi Musa dilahirkan sehinggalah beliau mati kerana diazab Allah mempersenda dan memperlekehkan ajaran yang dibawa Nabi Musa ketika itu,” kata Nizam.

Nizam berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurut Nizam, menyamakan Firaun dengan mana-mana pihak apatah lagi daripada mulut seorang pemimpin kepada pemimpin yang lain adalah tindakan keji dan mempamerkan betapa ceteknya pengetahuan seseorang.

“Firaun juga mungkar dan menganiaya nyawa yang tidak berdosa kerana membunuh semua bayi lelaki yang lahir selepas mempercayai kata-kata pendeta dan ahli nujum istana beliau tentang ramalan kejatuhan kerajaannya.

Nizam menegaskan bahawa tindakan Azis yang tular dalam klip video baru-baru ini dan menyamakan GRS dengan Firaun adalah suatu yang dilihat sebagai terdesak dalam meraih simpati.

“Bukan sekadar simpati, bahkan dia sebenarnya bermain dengan sentimen fitnah, berniat buruk dan mempersendakan sirah nabi yang kita semua sedia maklum tahu.

“Kata-kata yang dilontarkan dia juga adalah berbaur hasutan dan hasad dengki, .

Dalam pada itu, Nizam turut memperingatkan semua pihak untuk buka minda dan celik hati dalam menilai dan memilih pemimpin.

“”Adalah tidak wajar ucapan sebegini dikaitkan dengan Nabi Musa dan lawan politik sebagai Firaun. Perjuangan Nabi Musa melawan Firaun amat tidak sama dengan Perjuangan parti politik tertentu. Firaun jelas kufur malah mengaku Tuhan. Menyamakan perjuangan parti tertentu dengan Perjuangan Nabi Musa Dan lawan politiknya sebagai Firaun adalah amat bertentangan dengan akidah Islam dan sirah para Rasul” tegas Nizam

“Kalau hal-hal sirah agama, lebih-lebih lagi Islam, dia boleh gunakan sebagai modal untuk pusing cerita dan ‘gula-gulakan’ rakyat, saya yakin, akal dan emosi dia juga tidak stabil dan tidak layak untuk berdiri sebagai seorang pemimpin,” ujar beliau lagi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles