KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin mengiringi Menteri Kanan Pertahanan Dato’ Sri Ismail Sabri yang menerima pingat kebesaran Negeri Sabah (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima dari Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada Khamis.
Ismail yang juga Naib Presiden Umno merupakan salah seorang kenamaan yang menerima darjah kebesaran dalam istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Bintang Bintang serta Pingat-Pingat Negeri Sabah semepana Hari jadi rasmi ke-67 tahun Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah .
Turut serta Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin, Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan , Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan Dan Yb Suhaimi Nasir.