Sangkaan Jahat kaitkan UMNO Sabah dengan Budaya Ekstrimis- Fadilah

KOTA KINABALU: Tiada isu perkauman berlaku di Sabah sebagaimana yang dibangkitkan sesetengah pihak dengan menjadikan UMNO sebagai pencetusnya yang melibatkan isu KK Mart yang kini dalam siasatan.

Advertisements

Timbalan Pengarah II Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Datuk Fadilah Sabri berkata, isu baikot KK Mart merupakan pendirian Pemuda Umno Malaysia, dan Umno Sabah mengormati pendirian tersebut apalagi yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Kita berharap agar semua pihak tidak memanjangkan isu dan mengapi-apikanya kerana ianya boleh merebak dan boleh mencetuskan perbalahan kaum apalagi di Sabah masyarakatnya terdiri dari pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Fadilah yang juga bekas Ketua Puteri Umno Sabah berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan bekas pemimpin politik di Sabah yang cuba mengaitkan isu itu dengan kedudukan UMNO Sabah dengan mengajak rakyat Sabah menolak Umno yang dilabel sebagai parti ekstremis .

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk James Ligunjang, baru-baru ini dalam kenyataan medianya meminta rakyat Sabah menolak UMNO disebabkan isu KK Mart .

Menurut Fadilah gesaan James merupakan satu provokasi yang melampau kerana UMNO di Sabah sudah wujud 33 tahun di Sabah tidak ada sebarang perkara negatif yang dilakukan oleh UMNO Sabah sehingga menjejaskan tahap keharmonian rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negeri ini .

“Kenyataan sebegini seharusnya tidak dilontarkan oleh seorang tokoh politik yang matang, hanya kerana kepentingan politik dengan mudah melabelkan UMNO Sabah ke tahap tersebut yang boleh mencalarkan imej UMNO dan mengwujudkan persepsi negatif kepada Masyarakat, saya harap hentikanlah provokasi seperti ini” katanya.

Menurut Fadilah yang juga Ketua Penerangan Umno bahagian Sepanggar UMNO sudah tentu tidak akan berkompromi dengan sesiapa saja yang mempersendakan Islam, namun dalam kes KK Mart semua pihak menyerahkan kepada pihak keselamatan untuk mengambil tindakan

Fadilah menambah tuduhan bahawa UMNO Sabah ini adalah ekstremis adalah tuduhan yang berat dan tidak masuk akal sama sekali.

Menurut beliau latar belakang UMNO Sabah itu sendiri mempunyai pemimpin dan ahli dari pelbagai kaum sehingga dari kalangan bukan Islam terutamanya UMNO Sabah di bahagian pedalaman seperti Ranau, Keningau, Tenom, Pensiangan dan beberapa tempat lagi yang bermajoriti KDM memberikan gambaran Umno diterima oleh pelbagai kaum di negeri ini.

“Jika diselusuri selain dari kepelbagaian kaum dan agama daripada pemimpin dan ahli UMNO Sabah, semua yang ada kini adalah semuanya terdiri daripada anak Sabah malah ada bahagian dipimpin oleh Masyarakat KDM memberikan membuktikan Umno bukanlah sebuah parti perkauman,” jelasnya.

Sehubungan itu, Fadilah meminta semua pihak di negeri ini supaya menjaga keharmonian Masyarakat Sabah yang berbilang etnik dan agama agar menghentikan sebarang kenyataan berhubung dengan isu yang tiada kaitan dengan Sabah.

“Hentikan menyemarakan api kebencina sesama kita sebaiknya bersama-sama menghormati terutamanya berkiatan kedaultan undang-undang dan kembalikan apa apa yang diluar jangkauan kita kepada pihak berkuasa”

“Kalau satu kumpulan itu sedang marah, kita tambah minyak akhirnya akan jadi kebakaran lebih besar. Kalau satu kumpulan sedang marah atas (ia) sesuatu yang boleh diambil tindakan, biarlah pihak berkuasa bertindak” katanya

Related Articles

253FansLike

Latest Articles