BEAUFORT: Di tengah -tengah polemik isu berkaitan keberkesanan pelaksanaan gagasan “ Sabah Maju Jaya” (SMJ) yang menjadi perbualan harian rakyat dan pemimpin politik di negeri samada mencapai sasaran atau sebaliknya , bekas Pembantu Menteri Pelancongan ,Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Haji Ombi tampil memberikan candangan penyelasaian.
Kamarlin yang juga bekas Ketua Umno bahagian Sipitang dalam kenyataannya pada Isnin mencadangkan agar Kerajaan negeri menyerahkan tugas kepada sebuah badan penyelidikan bebas untuk menilai keberkesanan SMJ.
Menurut beliau Kerajaan boleh menggunakan khidmat pusat penyelidikan Unversiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menjalankan tugas mereka membuat penyelidikan samada gagasan (SMJ) telah mencapai matlamatnya membawa pembangunan yang berkesan kepada rakyat sepanjang tempoh lebih 4 tahun ianya dilancarkan.
“Tidak ada kesudahanya polemic berlarutan, amat tidak baik, apa lagi sebagai pemimpin politik terus bertelagah tentang isu ini samaada di media massa atau di pentas terbuka menjadikan rakyat semakin keliru” katanya dalam satu kenyataan nya di sini kemarin.
Kamarlin berkata jawatankuasa penyelidikan ini akan membuat kajian secara menyeluruh termasuk turun padang menemuai rakyat di peringkat akar umbi bagi mendapatkan info apakah kesan positif dan negetif yang mereka perolehi sebaik sahaja (SMJ) ini dlancarkan sejak empat tahun lepas.
“Penyelidikan ini penting bagi mendapatkan maklumat dan data yang tepat, saya yakin UMS yang mempunyai beberapa pakar penyelidik dapat melaksanakan tugas ini dan hasil dapatannya boleh dikongsi bersama rakyat dalam pelbagai platfrom,” katanya.
Tambah Kamaralin dapatan penyelididika tersebut tidak hanya sekadar dikongsi dalam bentuk buku laporan , di pelabagai media sosial tapi ianya perlu disampaikan secara lisan melalui program turun padang samada yang dijalankan oleh jabatan agensi Kerajaan berkaitan, pemimpin politik dan kepimpinan di peringkat mukim atau pun kampung.
Menurut beliau sebelum ini Ketua Menteri yang juga Presiden GRS Datuk Seri Panglima Hajiji Nor ada meminta agar pemimpin-pemimpin parti itu turun padang bagi menjelaskan pencapaian (SMJ) yang mana menurut beliau jika dilaksanakan secara telus dan tidak mengaitkan dengan kepentingan politik ianya merupakan satu pendekatan yang positif.
“ Isu keberkesanan pelaksanaan (SMJ) menjadi semakin panas seiring dengan iklim panas yang yang melanda Sabah ketika ini dalam keadaan kemarau bekalan air terganggu, sistem perhubungan jalanraya yang tidak selesa ,gangguan bekalan elektrik selain isu ekonomi yang tentu sahaja pada fikiran rakyat biasa berkaitan dengan gagasan (SMJ),” jelas Kamarlin.
Sehubungan itu, Kamarlin berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan konkrit dan proaktif terhadap isu-isu pembangunan insfrastruktur asas yang menjadi masalah kritikal rakyat ketika ini dimana jika ini dapat ditangani suhu kepanasan pelaksaaan SMJ ini dengan sendirinya akan reda.