Akta Parlimen Berpenggal Wajar Digubal Untuk Jaga Kestabilan Politik Negara – Noraini

KOTA KINABALU: Senator Datuk Norani Idris menyokong cadangan Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Dr.Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang mencadangkan agar Akta Parlimen Berpenggal Tetap digubal.

Advertisements

Menurut beliau walaupun cadangan tersebut masih diperingkat kajian terperinci sebelum dibentangkan di dewan rakyat, namun semua pihak perlu melihat ianya sebagai cadangan positif yang bertujuan mengekalkan jangka hayat Dewan Rakyat di Parlimen bagi memastikan kestabilan politik di negara ini.

“Cadangan Akta Parlimen Berpenggal Tetap adalah untuk menentukan bahawa tempoh hayat kerajaan akan kukuh hingga lima tahun. Dalam keadaan yang sama kestabilan politik dalam blok kerajaan dengan jumlah sokongan mencukupi sehingga lima tahun perlu ada,” katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Menurut Noraini yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Penampang, Akta Berpenggal ini boleh mengatasi masalah (bubar parlimen sebelum cukup penggal) dan ianya tidak akan berlaku.

“Tujuan Akta Parlimen Berpenggal ini bukan untuk mengatasi daripada ahli Dewan Rakyat ‘cross the floor’ tapi ianya lebih untuk mengekalkan penggal Parlimen dan menghadkan kuasa Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen,” katanya

Noraini berkata, Akta Parlimen Berpenggal sudah tentu bukan langkah terdesak untuk mengekalkan kerajaan hari ini sebaiknya dibuat sebagai menghormati mandat pilihanraya dan proses demokrasi.

“Jika ada usaha-usaha dari pihak terbabit yang mahu menggulingkan kerajaan tidak mengikut saluran demokrasi, dan pilihanraya, sudah tentu akan mengwujudkan ketidakstabilan politik negara dan ini akan merencatkan segala perancangan pembangunan, ekonomi dan kestabilan politik,” jelas Noraini.

Noraini menambah terdapat banyak negara yang mengamalkan Parlimen berpenggal tetap dengan garis masa yang dipersetujui untuk pilihan raya demi menjamin kestabilan politik dan ekonomi serta menghalang sebarang cubaan rampasan kuasa yang memudaratkan sistem demokrasi berparlimen negara.

“Parlimen berpenggal tetap juga boleh memastikan segala agenda reformasi dan polisi dapat dilaksanakan secara berterusan tanpa gangguan,” katanya

Tambah Noraini lagi,sekiranya hendak membaiki dan memastikan kelancaran program-program kerajaan serta memastikan bahawa Parlimen itu kekal lima tahun, maka akta Parlimen Bepenggal ini sesuai untuk digubal sekiranya ada keperluan untuk membubarkan Parlimen terlebih awal maka boleh dilakukan dengan ‘mekanisme’ yang sesuai dan lebih ketat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles