KOTA KINABALU: Terma perjanjian 63 (MA63) perlu direalisasikan bagi mempastikan segala hak dan tuntutan Sabah dapat ditunaikan dan ini membolehkan Sabah akan mendapat lebih banyak peruntukan kewangan dari Kerajaan pusat untuk memacu proses pembangunan yang mampan di Sabah.
Menurut Senator Datuk Noraini Idris, jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, Sabah agak jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan terutamanya dalam penyediaan insfrastruktur asas seperti sistem perhubungan jalanraya,bekalan air besrih dan elektrik yang semakin kritikal ketika ini.
“Kita yakin apabila perjanjian MA63 dapat direalisasikan, ianya akan dapat mengubah landskap pembangunan di Sabah melalui peuntukan yang lebih besar kepada Sabah yang akan dimanafaatkan untuk tujuan pembangunan bagi mengeluarkan Sabah dari garis kemiksinan tegar,” katanya.
Noraini berkata demikian ketika berucap membahaskan ucapan Menjung Kasih Tiah Seri Paduka Bangida Yang Dipertua Agong ,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dewan Negara semalam.
Menurut Noraini langkah segara bagi merealisasikan MA63 adalah jalan terbaik bagi menoktahkan kemiskinan tager di Sabah termasuk 8 daerah yang disebut oleh Menteri Ekonomi Rafizi Rami di dewan Rakyat baru-baru ini iaitu Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan Kota Marudu,Ranau Lahad Datu dan Tuaran .
Noraini berkata, Kerajaan Pusat perlu komited membantu Sabah dan dalam masa yang sama Kerajaan negeri perlu sehaluan dalam menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini dengan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada peruntukan dari Kerajaan pusat.
“Apabila adanya kolaborasi antara kerajaan pusat dan negeri bagi mengatasi isu ini, ianya akan mempercepatkan lagi proses pembangunan di negeri ini terutamanya pembangunan dari aspek insfrastruktur asas yang menjadi isu hangat ketika ini ,yang tidak selari dengan slongan kerajaan, “ Sabah Maju Jaya” katanya.
Noraini menambah dalam keadan rakyat Sabah memerlukan pembelaan ketika ini Kerajaan negeri perlu memberikan fokas untuk merealisasikan gagasan SMJ mengurangkan politikang dan menyuding jari kepada Kerajaan terdahulu ,dimana menurut beliau sebahagian dari kepimpinan Kerajaan negeri sekarang juga turut bersama dalam Kerajaan masa lalu
“ Perkara pokok yang perlu dilakukan oleh Kerajaan negeri ketika ini ialah fokas dan tunaikan aku janji kepada rakyat semasa PRN16 yang lalu ,ini kerana rakyat Sabah mengimpikan pembangunan yang lebih baik dan selesa untuk kesejehteraan mereka” katanya.
Dalam perbahasan tersebut ,Noraini yang juga Ketua Wanita Umno Sabah turut menyentuh isu kenaikan harga tiket penerbangan antara Sabah dan Semenanjung yang bukan sahaja pada hari-hari biasa malah telah menjadi budaya syrikat-syarikat penerebangan di negara ini mengaut keuntungan terutamanya di musim cuti sekolah dan cuti perayaan terbesar di negara ini.
“Isu ini bukan isu baru, malah saban tahun berlaku bila ada musim perayaan harga tiket penerabangan melambung naik , seolah-olah syrikat penerbangan menjadikan cuti perayaan untuk mereka mengaut keuntungan sehingga membebankan rakyat,” katanya.
Sehubungan itu, Noraini meminta Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan agar bertindak tegas dan mengawal selia harga kenaikan harga tiket penerabangan ini, jika tidak ianya akan terus berlaku dan yang menjadi mangsa adalah rakyat yang menggunakan penerbangan antara Sabah dan Semenanjung terutama golongan B40.