Kerajaan Negeri Tukar Serta Merta Pegawai Disyaki Meminta Rasuah Berbentuk Seks

KOTA KINABALU: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memandang serius ke atas laporan media pada Sabtu berhubung dengan penahanan seorang Ketua Jabatan peringkat daerah kerana disyaki meminta rasuah berbentuk seks.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar bin Untong berkata kerajaan negeri sangat menitik beratkan integriti dan tatalaku penjawat awam negeri, seperti yang dijelaskan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah (PPPANS) 2008.
Sehubungan itu, katanya pegawai yang melanggar sebarang peraturan atau terbabit dengan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang akan diambil tindakan serta merta bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
“Pegawai terbabit akan ditukarkan serta merta sementara menunggu prosiding selanjutnya diambil oleh pihak berkuasa. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM Sabah dalam siasatan ini,” katanya dalam
satu kenyataan.
Safar berkata kerajaan Negeri amat komited dalam menanggani isu-isu seperti ini untuk meningkatkan keyakinan awam terhadap integriti penjawat awam dan ketelusan penyampaian perkhidmatan jabatan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles