(Gambar Google)
PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC telah terhempas dekat Kapar, Selangor hari ini (13 Februari 2024)
Ketua Pegawai Eksekutif
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Dato’ Kapten Norazman Mahmud berkata pesawat berkenaan yang dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.
Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1:35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima, katanya dalam satu kenyataan di sini.
Norazma berkata Pusar Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.
Katanya terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut namun keadaan kedua-dua mangsa mash belum dapat dipastikan setakat ini.
Beliau berkata siasata lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.