Speaker DUN terima kunjungan hormat Duta Azerbaijan ke Malaysia

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M.Yahya menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia, TYT Irfan Davudov di pejabatnya di bangunan DUN Sabah pada Khamis.

Advertisements

Kadzim mengalu-alukan kunjungan Irfan ke DUN Sabah, yang merupakan Duta Besar negara asing yang pertama melawat DUN Sabah.

Beliau juga menyambut baik cadangan dan rancangan Duta Azerbaijan ke Malaysia untuk menghantar anggota parlimen mereka sebagai pemerhati semasa Persidangan DUN Sabah akan datang.

“Duta Azerbaijan ke Malaysia juga mengajak kita melawat dan sebagai pemerhati menerusi program pertukaran (Exchange Programme) ke negara itu”, katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Richard Yong dan Datuk Haji Al Hambra Tun Juhar dan Setiausaha DUN, Puan Rafidah Maqbool Rahman.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles