Mana-mana parti gabungan GRS tidak setuju cadangan Upko boleh pilih pasangan lain atau tanding semua kerusi – Setiausaha Agung Upko

KOTA KiNABALU: Setiausaha Agung Upko Nelson Anggang mempertahankan kenyataan presiden UPKO Datuk Ewon Benedict yang mencadangkan pendekatan baharu dan segar dalam rundingan kerusi di kalangan rakan gabungan yang berpotensi.

Advertisements

“Jika ada sebilangan yang tidak bersetuju dengan cadangan itu dan merasakan bahawa mereka lebih baik, maka anda boleh membuat keputusan untuk sama ada memilih pasangan lain atau pergi sendiri dan bertanding di semua kerusi.

“Lagipun ini adalah demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nelson berkata demikian susulan kritikan seorang ahli majlis tertinggi parti komponen GRS terhadap Upko kerana menuntut lebih banyak kerusi dalam pilihan raya negeri Sabah akan datang.

Beliau berkata keikhlasan membentuk sebuah kerjasama atau gabungan politik datang daripada kejujuran bakal rakan kongsinya.

“Jika ada pihak yang masih berpegang kepada pemikiran lama bahawa satu pihak boleh mendominasi dan membuat keputusan bersendirian tanpa mengendahkan pandangan pihak lain dalam kerjasama atau gabungan tersebut maka “bersedialah untuk menghadapi kepupusan”, katanya.

Nelson berkata Upko berhak menyatakan hasratnya untuk bertanding bagi lebih banyak kerusi pada Pilihanraya Negeri Sabah yang akan datang.

“Saya pasti kesemua parti politik mahu perkara yang sama walaupun mereka mungkin belum menyatakannya lagi.

“Datuk Ewon menyatakan pandangan dan cadangannya kepada mana-mana pihak atau gabubgan politik yang mungkin berfikir untuk bekerjasama dengan Upko dan PH.

“Sekurang-kurangnya UPKO jujur ​​dan menjelaskan niatnya. Senario politik semasa dalam negara dan Sabah adalah sesuatu yang sangat baru dan unik di mana kita mempunyai kerajaan perpaduan,” katanya.

Oleh itu, Nelson berkata pendekatan baharu dan segar perlu dibuat sekiranya terdapat hasrat parti lain untuk membentuk gabungan pada pilihan raya negeri akan datang.

Tahun lalu, kerajaan GRS di ambang kejatuhan akibat krisis politik, tetapi ia berjaya diselamatkan oleh tujuh Adun PH, salah seorang daripadanya dari Upko.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles