KOTA KINABALU: Tidak ada catuan bekalan elektrik diramalkan berlaku di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hari ini (Rabu).
Pengurus Besar Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir. Adrian Mosigil berkata, kapasiti bekalan tenaga dianggarkan berjumlah 1,095MW dengan permintaan maksima dijangka mencecah sehingga 1,030MW.
“Walau bagaimanapun, SESB masih mempunyai rizab margin sebanyak 65MW sebagai stok bekalan tenaga sekiranya berlaku kecemasan atau lebihan permintaan pada waktu tersebut.
“Justeru, pelaksanaan catuan bekalan elektrik pada hari ini diramalkan tidak akan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Adrian, tidak ada catuan bekalan yang dilaksanakan semalam dengan permintaan tenaga maksima dilaporkan sebanyak 1,046MW pada pukul 2.30 petang.
“Pengguna dan orang ramai juga boleh mengikuti ramalan bekalan tenaga elektrik di facebook rasmi SESB dan laman web www.sesb.com.my pada setiap hari,” jelasnya.
Ramalan bekalan tenaga elektrik, tidak ada catuan hari ini
Advertisements