SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd menerima Sijil Menduduki

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini menyerahkan Sijil Menduduki (Occupation Certificate) kepada SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Advertisements

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah mewakili DBKK manakala Pemangku Pengarah Urusan, Ma Wen Tao menerima bagi pihak SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mayor, Tingkat Tiga Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Menurut Dr Sabin, penyerahan kelulusan Sijil Menduduki ini menunjukkan komitmen DBKK dalam memastikan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd dapat meneruskan operasi pertamanya dalam tempoh terdekat.

“Ini merupakan satu perkembangan positif ke sektor perindustrian di Bandaraya Kota Kota Kinabalu berikutan kilang ini menawarkan peluang pekerjaan kepada warga bandaraya serta kawasan berhampiran untuk bekerja di loji yang akan menghasilkan kaca fotovolta solar (PV) dengan nilai pelan pelaburannya yang bernilai RM3 bilion.

“Limpahan daripada pelaburan ini pastinya akan memberi manfaat kepada peningkatan ekonomi Bandaraya Kota Kinabalu secara amnya berikutan pelbagai aspek termasuk pemindahan teknologi dan penciptaan alam pekerjaan dapat dicipta kepada warga bandaraya Kota Kinabalu,” katanya di sini hari ini.

Dr Sabin berkata, apabila beroerasi nanti ini sudah tentunya akan membantu meningkatkan kemajuan negeri sebagai pusat pembuatan yang berkembang maju dan merangsang pembangunan ekonomi di negeri ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Pembangunan DBKK, Abdul Manaf Rajikan, Timbalan Ketua Pengarah Kewangan DBKK, Lifred Wong dan Timbalan Pengarah Urusan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles