KOTA BELUD : Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr,Ahmad Zahid Hamidi merupakan antara kenamaan yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham Norjan @Marjan Zainal ayah kepada Ketua Umno bahagian Kota Belud Azuwan Marjan Norjan yang meninggal dunia pada petang Ahad lepas di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu akibat kompelaksi buah pinggang.
Antara kenamaan lain yang turut menziarahi jenazah ialah Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Dusuki,Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin dan beberapa Ketua Umno bahagian yang menyertai rombongan tersebut.
Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno yang dalam perjalanan bagi menghadiri majlis Peluncuran Pembangunan Kedamaian dan sambutan Rumah Terbuka Krismas di Kedamaian Square Taginambur pada Isnin ,sebelum ke tapak majlis singgah di rumah keluarga Allahyarham di kampung Tambulion Sorob hampir dua jam dan turut serta bersama Jemaah lain mengerjakan solat jenazah.
Beliau turut menzahirkan rasa sedih kepada ahli keluarga khususnya Ketua Umno bahagian Kota Belud Azuwan yang kehilangan ayahnanda di kasihi dan meminta ahli keluarga bersabar menerima dugaan tersebut.
Ucapan yang sama turut dizahirkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan meminta ahli keluarga redha menerima ketentuan Allah.
Sementara itu, Azwuan yang mewakili ahli keluarga turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahmad Zahid, Bung Moktar serta kepimpinan Umno Pusat dan Umno Sabah yang meluangkan masa menziarahi keluarga beliau.
“Mewakili keluarga kami amat terharu dan berterima kasih atas ziarah yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Umno ,Pengerusi Badan Perhubungan Umno sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin serta rombongan walaupun sibuk dengan jadual kerja yang ditetapkan namun masih dapat menziarahi kami,” jelas Azuwan:
Oleh Jaafar Abd Wahid