KOTA KINABALU : UMNO Sabah mencadangkan agar ditubuhkan ‘Sekretariat Meja Bulat’ bagi semua parti di Sabah untuk memperbincangkan serta memperhalusi isu-isu yang melibatkan pemberian khas 40 peratus melibatkan dalam Perjanjian Malaysia MA63.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, UMNO SABAH boleh menjadi Pengerusi dalam Sekretariat ini berikutanUMNO merupakan parti tempatan dan nasional termasuk mempunyai bilangan terbesar dalam gabungan di peringkat persekutuan.
Katanya, langkah ini sudah tentu memberi kelebihan untuk memastikan segala yang termaktub dalam MA63 termasuk Pemberian Khas 40 peratus ini akan dapat direalisasikan.
“Dayus bagi kami UMNO Sabah jika tidak memperjuangkan isu-isu ini yang mana ia sangat dekat dihati rakyat Sabah.
“UMNO Sabah bertegas terhadap pendiriannya untuk memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah wajar menjadi keutamaan terutama melibatkan pemberian khas seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia MA63.
“Jika hanya empat Ahli Parlimen sahaja bercakap dan bertanya sudah tentu ia tidak akan membawa sebarang kekuatan…..Tetapi jika kita dapat bersama-sama dalam tuntutan ini dan paling penting tiada siapa-siapa yg ‘tunjuk hero’ sudah tentu ianya akan memberi impak yang besar kepada tuntutan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jeffrey Nor berkata, beliau mengambil maklum beberapa hari lalu beberapa kenyataan Ahli Parlimen Sabah melakukan sidang media mengenai pemberian khas dari kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.
“Saya juga maklum mengenai tuntutan Ahli Parlimen tersebut mengenai penjelasan apa formula yang boleh digunakan oleh kerajaan persekutuan pemberian khas 40 peratus kepada negeri Sabah.
“Tidak perlulah mana-mana pihak menunding jari kepada pihak lain. …Semua pun maklum bahawa tuntutan ini merupakan bersama kerajaan semasa kita bersama-sama dalam kerajaan negeri yang lalu.
“Tidak apalah, apa yang telah berlaku sudah berlaku dan sekarang masa untuk kita bersama-sama melihat isu ini dengan lebih dekat secara serius sekali gus berusaha untuk menyelesaikan tentang pemberian khas ini,” jelas Jeffrey Nor.
Menurutnya, langkah menubuhkan Sekretariat Meja Bulat merupakan satu cadangan terbaik bagi bersama-sama semua parti untuk mencari jalan serta memperhalusi segala isu-isu yang melibatkan pemberian khas ini serta dalam perjanjian MA63.