UMNO Sabah tidak pernah pertikai pelantikan pengerusi, ahli lembaga pengarah GLC lantikan GRS ke sidang DUN – Suhaimi

KOTA KINABALU: UMNO Sabah tidak pernah mempertikaikan dan membawa isu perlantikan Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang dilantik oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Advertisements

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata, meski pun diketahuai umum hampir semua GLC di negeri ini, jawatan pengerusi serta ahli Lembaga pengarahnya di anggotai oleh Wakil Rakyat ,Ketua Bahagian, termasuk kroni dari GLC, UMNO Sabah tidak pernah mempolitikanya sebagai satu isu semasa sidang DUN.

Justeru tindakan ADUN Sinduman Datuk Dr Yusof Yakob membuat provokasi dan fitnah semasa sidang DUN baru-baru ini yang memertikaikan perlantikan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pusat Giat Mara di kawasan-kawasan Parlimen di Sabah Sabah dianggap tidak wajar dan keterlaluan

“Tidak wajar bagi beliau (Yusuf) membangkitkan isu ini dalam ucapan perbahasan di sidang DUN, sidang Dun merupakan flatfrom untuk membawa isu-isu Pembangunan untuk rakyat bukan untuk mempolitikkan isu menyerang parti lain.

“Sebagai bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat beliau seharusnya lebih peka dan memahami peraturan dewan dimana isu isu yang dibangkikan perlu menjurus kepada isu-isu pembangunan rakyat bukannya menyentuh soal politik,” katanya ketika ditemui sebagai mengulas tindakan Yusof membangkit isu tersebut dalam persidangan DUN Sabah hari ini.

Menurut Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libara, tindakan membangkitkan isu tersebut Yusof bukan sahaja melakukan provokasi yang melampau malah membuat fitnah dimana menurut Suhaimi beliau sebagai Ketua UMNO bahagian tidak dilantik ke jawatan tersebut.

“Saya tidak faham kenapa beliau (Yusof) membawa isu ini dalam perbahasan di sidang DUN, begitu benci dan marahnya kepada UMNO, sedangkan ketika bersama parti keramat ini terlalu banyak nikmat yang beliau perolehi, janganlah bersikap kufur nikma,” katanya.

Suhaimi menambah kenyataan Yusof semasa sesi perbahasan tersebut ,merupakan fintnah dan pembohongan yang nyata sebab itu ketika perbahasan berlangsung secara meminta beliau (Yusof) menarik kenyataan tersebut,” tegas Suhamimi.

Suhaimi menambah sebenarnya apa yang berlaku dalam kepimpinan GRS sekarang merekalah yang telah menguasai perlantikan Pengerusi atau ahli Lembaga pengarah hampir kesemua GLS yang ada, sebaliknya pemimpin atau ahli UMNO bukan sahaja disingkirkan dari jawatan sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga pengarah malah lantikan politik yang melibatkan pemimpin UMNO.

“Lebih dari itu ada Pengerusi GLC mempergunakan GLC untuk melantik ,ahli politik bahagian, keluarga serta kroni ke beberapa jawatan dengan bayaran gaji yang dianggap lumayan dimana pegawai seranta pun menikmati gaji sebanyak RM7,000 sebulan yang boleh dianggap luar biasa,” jelas Suhaimi

Suhaimi berkata, ekoran kerasukan kuasa dan tamak jawatan melantik mereka yang tidak berwibawa dalam GLS telah mengakibatkan beberapa GLS mengalami kerugian sebagaimana yang didedahkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun baru-baru ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles