BMU FC muncul juara kejohanan futsal anjuran UPKO Putatan

PUTATAN: BMU FC Borneo Manchester United) muncul juara kejohanan futsal anjuran UPKO bahagian Putatan 2023.

Advertisements

Sebanyak 16 pasukan menyertai pertandingan itu yang diadakan di Juara Sports Arena Putatan, dekat sini baru-baru ini.

Pasukan-pasukan itu ialah UPKO Putatan A , UPKO Putatan B, BMU FC, MAYPHILINDO FT, KakiBola ft, Kingfisher ft,Bullet FC ,ZERO ONE FT ,EMPEROR FT ,TIKINAMI FT ,Dumpil fc,Predator X FC, TS KERAMAT FC, Ketiau FC, MANSAU FT dan Bulakai FT.

Pengurus/Ketua Pasukan BMU FC 
Ninewjo Newmond berkata pertandingan itu sangat hebat dan pihak lawan memberi saingan sengit yang akhirnya menyaksikan pasukan BMU FC meraih kejayaan.

Selain itu, beliau berkata pertandingan itu diharap dapat mencungkil dan mengasah bakat bagi mereka yang menyertainya.

Pengerusi penganjur UPKO Putatan
Rayner Silak yang bertungkus lumus mengatur pertandingan tersebut amat menghargai kehadiran dan komitmen semua pasukan yang menyertai kejohanan.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pemain dan pasukan
yang menunjukkan komitmen dan semangat kesukanan sepanjang pertandingan tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles