Sudah sampai masa kerajaan beri tumpuan sepenuhnya atasi masalah kekurangan beras Super Special Tempatan elak krisis makanan besar negara – Suhaimi

KUALA LUMPUR: Sudah sampai masanya Kerajaan memberikan tumpuan yang sepenuhnya bagi mengatasi masalah kekurangan beras Super Special Tempatan (SST) bagi mengelakkan krisis makanan yang besar kepada negara.

Advertisements

Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir berkata pengurangan kawasan penanaman padi atas faktor pembangunan di sesebuah kawasan menjadi antara punya pengurangan penghasilan beras tempatan.

“Terdapat ramai petani khususnya di Sabah tidak mahu lagi mengusahakan penanaman padi atas faktor kos penanaman yang tinggi dan petani tidak dapat menampung kos tersebut,” katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025) di Parlimen, hari ini.

Dalam konteks Sabah, beliau berharap agar kerajaan pusat dan negeri dapat bekerjasama dalam membangunkan penanaman padi dalam skala yang besar memandangkan Sabah mempunyai kawasan yang luas bagi membangunkan aktiviti penanaman padi bagi menampung keperluan negara.

Suhami berkata isu kenaikkan harga beras telah mendapat perhatian serta mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Katanya beliau melihat punca kenaikan harga serta kekurangan bekalan beras putih import atau dikenali SSI ini adalah didorong oleh ketidaktentuan global.

“Negara Malaysia seharusnya tidak terkesan dengan kenaikan harga beras SSI ini kerana mempunyai bekalan beras keluaran tempatan SST sebagai pengganti. Namun begitu, perkara yang menjadi kebimbangan saya adalah adakah bekalan beras SST ini mencukupi bagi menampung kekurangan beras SSI di pasaran,” katanya.

Mengenai sekolah daif di Sabah, Suhami mencadangkan agar Kerajaan memberikan perhatian yang utama bagi sekolahsekolah daif di negeri Sabah terutamanya di kawasan Parlimen Libaran.

“Saya juga berharap agar Menteri Pendidikan turut dapat turun untuk melihat sendiri keadaan sekolah-sekolah ini.

“Hal ini bagi memastikan tidak berlakunya kesenjangan kemudahan pendidikan diantara pelajar bandar dan luar bandar terutamanya di negeri Sabah dan khususnya di parlimen Libaran,” kata Suhaimi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles