Polis Sabah catat rampasan syabu terbesar tahun ini

KOTA KINABALU – Polis Sabah merampas sebanyak 50.25 kilogram (kg) syabu bernilai RM3 juta hasil penahanan tiga lelaki warga tempatan 7 September lalu selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah.

Advertisements

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, ketiga-tiga suspek berumur antara 27 dan 38 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah dalam satu operasi di kawasan tepi jalan pintu masuk balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sekitar pukul 12.40 tenghari.

Dua daripada suspek ditahan ketika berada di sebuah kereta jenis Mazda manakala seorang lagi diberkas ketika cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak polis.

Ini merupakan rampasan dadah terbesar di Sabah tahun ini, katanya pada sidang media di ibu pejabat polis kontinjen Sabah di Kepayan hari ini.

Jauteh berkata hasil pemeriksaan ruang dalam kereta berkenaan dan pihak polis menjumpai dan merampas 50 bungkusan berisi dadah dipercayai jenis syabu seberas 50.25 kg dianggarkan bernilai RM3 juta.

Katanya tangkapan dan rampasan itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kesemua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut sehingga 14 Sept ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles