BN Sabah yakin Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram milik kerajaan perpaduan- Bung Moktar

JOHOR (Pulai): UMNO dan Barisan Nasional (BN) memainkan peranan sekali gus membantu memenangkan calon dari Kerajaan Perpaduan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Advertisements

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemenangan calon (PH) akan membantu untuk memperkuatkan kedudukan Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik negara serta rakyat secara keseluruhannya.

“Rakyat perlu meneruskan momentum kemenangan Calon Kerajaan Perpaduan di sini.Tradisi penyandang kerusi ini sangat terkenal dengan prestasi kerja yang sangat baik…Kita juga akan berusaha keras akan membantu calon di PH.

“Saya yakin kedua-dua kerusi ada peluang untuk PH menang, tetapi dalam semua kempen pilihan raya (calon dan parti gabungan) mesti berhati-hati dan bertungkus-lumus kerja serta sedia hadapi apa saja cabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersama penyokong UMNO BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rumah Pangsa Sri Indah di Parlimen Pulai Johor di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin dan Ketua UMNO Bahagian Tawau Gazali Ansing.

Bung Moktar berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) ini BN serta PH perlukan kemenangan di Pulai dan Simpang Jeram kerana mampu menstabilkan kerajaan di Putrajaya.

“Kita turut mengingatkan pengundi Umno supaya tidak terpengaruh dengan propaganda dilontar pembangkang mengenai kerjasama gabungan dengan PH terutama DAP,” katanya.

PH mempertaruhkan bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat bagi Parlimen Pulai menentang calon Perikatan Nasional (PN) iaitu Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Pulai, Zulkifli Jaafar dan calon Bebas yang juga Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi.

Bagi DUN Simpang Jeram pula, PH mempertaruhkan Timbalan Ketua AMANAH kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman berdepan calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya yang juga pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular serta calon Bebas, S Jeganathan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles