Anjur sambutan Hari Kemerdekaan peringkat komuniti untuk bangkitkan semangat patriotik – Siti Aminah

KUALA PENYU: Hari Kebangsaan di peringkat komuniti di seluruh negara perlu dipertingkatkan sepanjang bulan kebangsaan sebagai wadah untuk membangkitkan semangat patriotik di kalangan masyarakat.

Advertisements

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Haji Aching berkata ini termasuklah di peringkat Parlimen ,Dewan Undangan Negeri daerah ,kampung ,dan sekolah

” Sambutan ini perlu kita terapkan sebagai satu budaya , tanpa bergantung sepenuhnya majlis rasmi yang dianjurkan oleh kerajaan setiap tahun. Semua pihak samada sektor swasta badan-badan NGO dan komuniti kampung perlu berkerja sama menganjurkanya bagi menyuntik semangat patriotik di kalangan penduduk setempat” katanya ketika berucap merasmikan program Semarak Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung Sinapokan dekat sini kemarin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pegawai Khas Parlimen Beaufort yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Beaufort Haji Jaludin Hj Kadir.

Menurut Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort, dengan adanya penganjuran sambutan hari kemerdekaan di peringkat kampung ianya bukan sahaja boleh membangkitkan semangat patriotisme di kalangan penduduk setempat namun dalam masa yang sama dapat menjadi wadah untuk memperkukuhkan perpaduan serta semangat kerjasama melalui program yang dilaksanakan.

Sambil mengucapkan tahniah atas insiatif yang dilakukan oleh KRT kampung Sinapokan menganjurkan program tersebut, Aminah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berharap program tersebut akan menjadi kelinder tahunan dengan mempelbagai lagi acara untuk masa akan datang.

Pada masa sama, beliau berharap lebih ramai orang yang akan mengibarkan Jalur Gemilang termasuk individu, komuniti, pihak korporat dan syarikat swasta bagi menunjukkan semangat Hari Kebangsaan.

“Yang penting adalah makna kepada kemerdekaan. Selain daripada kita zahirkan melakui sambutan, sebenarnya banyak perkara lain boleh dilakukan seperti posting, ucapan kita sesama sendiri dalam Facebook, Twitter, TikTok dan sebagainya serta juga kandungan yang kita boleh wujudkan sendiri melalui pelbagai (platform) termasuk media sosial dan lain-lain,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles