Menteri Dalam Negeri lakukan lawatan ke pusat pentadbiran ESSCOM LD

LAHA DATU: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melakukan lawatan rasmi ke pejabat pentadbiran ESSCOM di sini hari ini.

Advertisements

Beliau diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin bin Husain.

Ketibaan rombongan Saifuddin
disambut oleh Komander Eastern Command DCP Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM Dr. Jamaluddin Mohd. Ali.

Lawatan Menteri Dalam Negeri yang julung kali diadakan itu, antara lain, bertujuan melihat sendiri perkembangan situasi keselamatan semasa, pengoperasian pasukan keselamatan, perolehan kuarters serta program kemasyarakatan dan peningkatan sosioekonomi komuniti yang diterajui oleh ESSCOM di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan perasmian Kuarters Kediaman ESSCOM dan Penyerahan Kuarters kepada empat petugas ESSCOM terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pegawai Awam di Taman Palm Garden, dekat sini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato’ Sri Hazani bin Ghazali; Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin bin Abd. Manan; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin bin Jusoh; Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh bin Dikun; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Haji Mohd Amin serta Setiausaha-setiausaha Bahagian KDN, Pengarah dan Ketua-Ketua Staf Bahagian ESSCOM serta Ketua Polis Daerah Lahad Datu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles