Oleh: Jaafar Abdul Wahid
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin petang kemarin menerima kunjungan hormat dari Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke China Dato Seri Tiong King Sing bersama rombongan pelabur dari China.
Antara perkara yang dibincangkan semasa perjumpaan tersebut termasuklah soal pelaburan dalam beberapa sektor antaranya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dimana pada majlis yang sama Tiong bersama rombongan turut diberikan perkembangan serta kemajuan pembinaan Lebih Raya Pan Borneo Fasa satu,dua dan tiga yang sedang dan akan dilaksanakan di Sabah.
Hadir sama pada perjumpaan tersebut Dua Pembantu Menteri Kerja raya Datuk Robert Tawik dan Datuk Limus Jury, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Mohd Jasmin Julpin ,Pengarah Kerja Raya Ir.Ali Ahmad Hamid serta pegawai pegawai kanan kementerian.
Pada sebelah malamnya Dato Sri Bung Moktar Radin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Lamag turut meraihkan rombongan tersebut dalam satu majlis makan malam di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.