TENOM: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony yakin parti itu berpeluang untuk meraih kemenangan di sekurang-kurangnya tujuh kerusi Dun di bahagian pantai utara Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang,
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan sambutan dan sokongan rakyat yang semakin meningkat terhadap parti itu.
“Walaupun KDM hanya parti yang kerdil, namun kita telah membuktikan keupayaan mengalahkan gergasi Parti Bersatu Sabah (PBS) di parlimen Kota Marudu pada pilihan raya umum yang lepas.
“Begitu juga di kawasan Tenom, jika rakyat bersatu dan bekerja keras, saya percaya bukan sahaja kita menang di Dun Melalap, kita juga bole merampas kerusi Dun Kemabong,” katanya,
Peter berkata demikian ketika berucap sempena Program Santai Bersama Masyarakat Kawasan Mukim Melalap di Dewan OKK Datuk Sanggau, Melalap dekat sini.
Turut hadir Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda.
Beliau berkata KDM juga berhasrat untuk bertanding lebih banyak kerusi, terutama di kawasan majoriti pengundi Kadazandusun Murut (KDM) pada PRN akan datang.
Peter berkata walaupun KDM berada dalam gabungan kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, namun di peringkat negeri, KDM seolah-olah disisihkan.
“Ini adalah sesuatu keadaan yang luar biasa. Apa pun ini bukan halangan untuk kita terus berjuang membela nasib rakyat Sabah,” katanya,