KOTA KINABALU: Sebanyak 24 pasukan menyertai Kejohanan Terbuka Bola Tampar Wanita Kota Marudu baru-baru ini untuk merenut Piala Datuk Redonah Bahanda.
Kejohanan bola tampar itu dianjurkan Kelab Konran VC Kota Marudu di gelanggang bola tampar Astaka Padang Pekan Kota Marudu.
Pasukan yang menyertai dari lapan daerah iaitu Kota Kinabalu, Ranau, Labuan, Paitan, Keningau, Kudat, Pitas dan Kota Marudu.
Kejohanan itu menyaksikan johan NRH dari Kota Kinabalu muncul juara, Lundus Pitas meraih naib juara manakala VT Lover Ranau menduduki tempat ketiga.
Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda.
Turut hadir Pengerusi Penganjur Noraisyah Hamsal.
Johan menerima wang tunai RM1,000, Naib Johan RM600 dan Ketiga RM400.00