Pihak berkuasa digesa segera tangani masalah jalan rosak di taman perumahan Sandakan – Suhaimi

SANDAKAN: Isu jalan mengalami rosak, tidak rata dan berlubang yang menimbulkan ketidakselesaan penduduk di taman-taman perumahan di Sandakan, pihak berwajib digesa ambil tindakan segera tangani isu berkenaan.

Advertisements

Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata jalan-jalan di taman perumahan di daerah Sandakan tidak diselenggarakan atau tidak diturap semula selepas 10 tahun.

“Saya banyak menerima aduan mengenai isu jalan taman perumahan tidak diturap semula walaupun mengalami kerosakan dan berlubang,” katanya.

Suhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik menjelaskan isu ini telah dikemukakan olehnya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun lepas tetapi sehingga hari ini tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib.

“Jawapan yang diterima dari pihak kementerian dimana selepas tamat tempoh penyelenggaran 18 bulan oleh pihak pemaju, pemaju perlu menyerahkan semua kemudahan awam termasuk penurapan jalan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sekiranya pihak pemaju belum menyerahkan kemudahan awam tersebut kepada PBT walaupun tempoh telah tamat, maka kerja-kerja membaikpulih kemudahan adalah masih tanggungjawab pemaju,” katanya.

Beliau turut meminta pihak pemaju yang telah tamat tempoh agar menyerahkan segera kemudahan awam itu kepada PBT agar penyelenggaraan dapat dilaksanakan oleh pihak berwajib.

“Saya memberi satu contoh, di taman perumahan Taman Sejati Ujana dimana lebih 10 tahun tidak diturap semula jalan taman perumahan tersebut walaupun telah mengalami kerosakan dan jalan tidak rata,” tegasnya.

Beliau mengesa pihak berwajib mengambil tindakan segera dan memperbaiki serta menurap semula jalan-jalan taman perumahan terbabit yang belum diselengggarkan sehingga hari ini.

“Jalan yang telah melebih tempoh hadnya ini kebanyakkan telah mengalami kerosakan, jalan tidak rata dan berlubang, sewajarnya diselenggarkan untuk diturap semula bagi keselesaan penduduk taman perumahan terbabit.

“Tindakan segera perlu dilakukan oleh pihak berwajib kepada rakyat yang merupakan pembayar cukai dalam memberi perkhidmatan baik untuk manfaat, keselamatan dan kemudahan kepada rakyat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles