Alumni UMS dipelawa sertai Program Alumni Homecoming


 
KOTA KINABALU: Para alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipelawa untuk menyertai Program Alumni Homecoming yang diadakan pada 6-8 Oktober 2023.
 
Program yang julung-julung kalinya dianjurkan itu bertujuan untuk membawa para alumni kembali ke UMS dan mengimbau semula memori sepanjang melanjutkan pengajian suatu ketika dahulu.
 
Pengarah Pusat Alumni UMS, Dr Ariff @ Kamisan Pusiran berkata, program itu juga bagi mengekalkan ikatan silaturahim dalam kalangan alumni dan UMS.
 
ā€œProgram ini bakal menghimpunkan dan sekali gus meraikan para alumni dari dalam dan luar negara,ā€ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 
Ariff berkata, pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang program itu berlangsung.
 
ā€œPada hari pertama, aktiviti yang dijalankan ialah permainan bowling bertempat di MyBowl 1Borneo, Hypermall.
 
ā€œSeterusnya, akan ada dua aktiviti pada hari kedua iaitu UMS Tour dan Alumni Homecoming Dinner, bertempat di Hilton Hotel, Kota Kinabalu.
 
ā€œPada hari terakhir program pula, para alumni akan dibawa untuk bermain golf di Nexus Golf Ressort, Karambunai.
 
ā€œProgram itu turut diharapkan mampu membina kerjasama strategik antara alumni dengan alma mater, termasuk antara alumni dengan alumni,ā€ jelasnya.
 
Sehubungan dengan itu, para alumni UMS boleh mendaftar penyertaan secara atas talian melalui pautan https://bit.ly/RegisterHA2023 atau https://bit.ly/ManualHA2023.
 
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 16 September 2023.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles