JKR disaran bina lampu isyarat untuk ganti dua bulatan di Batu 7 Sandakan – Suhaimi

SANDAKAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah perlu membina lampu isyarat untuk menggantikan dua bulatan di Batu 7 bagi menyelesaaikan masalah kesesakan lalu lintas.
Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata banyak aduan dan rungutan pengguna kenderaan diterima olehnya berhubung masalah kesesakan yang sering berlaku di dua bulatan berkenaan.
“Berdasarkan aduan dan rungutan pengguna lalu lintas, sudah tiba masanya JKR mengantikan dua bulatan itu kepada penggunaan sistem lampu isyarat pintar untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas,” katanya.
Dua bulatan Batu 7 terlibat adalah Bulatan Libaran (bulatan helang) dan Bulatan Rimba (bulatan buaya).
Suhaimi menjelaskan sistem lampu isyarat pintar melibatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengurus dan mengawal lalu lintas.
“Sebagai contoh, apabila terdapat kesesakan lalu lintas, sistem berkenaan akan memberikan masa yang lebih lama kepada lalu lintas,” katanya.
Beliau berharap pembinaan lampu isyarat itu akan dapat melancarkan aliran trafik di dua kawasan berkenaan terutamanya pada waktu puncak.
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik berkata cadangan ini akan dibawa ke Mesyuarat Dewan Undangan Negeri depan ini.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles