Oleh Penganalisis Politik Bebas DRDA
KOTA KINABALU: Banyak pihak merasa curiga dengan kemunculan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang turut serta bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi calon-calon Kerajaan Perpaduan di majlis penamaan calon-calon yang akan bertanding dalam PRN pada 29 Julai lepas di pusat penamaan calon di Dewan SMK Sungai Pusu Gombak Selangor.
Kecurigaan ini memang bertempat sehingga menimbulkan persoalan apakah benar dan Ikhlas Hajiji menyokong kerajaan perpaduan?
Isu ini timbul apabila sebelum ini Ketua Bahagian GRS bahagian Sukau Datuk Juhari Janan dalam ucapanya di majlis pelancaran GRS bagi dua bahagian Sukau dan Lamag yang dihadiri dan dirasmikan sendiri oleh Hajiji dengan lantang dan angkuhya mendoakan kekalahan PH/ BN dalam PRN di enam buah negeri p[ada 12 Ogos ini.
Walaupun dinafikan oleh Juhari namun perkara ini jelas dalam rakaman video secara langsung (live) yang dibuat oleh penyokong GRS semasa majlis tersebut hanya orang pekak yang tidak dapat mendengarnya.
Ini diikuti pula dengan kemunculan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang juga Timbalan Pengerusi PGRS namun dalam masa yang sama juga menjadi timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PH) sebagai pembangkang di peringkat kerajaan pusat.
Jika dilihat memang agak unik tapi perbuatan ini turut melambangkan sikap seorang pemimpin yang tidak bermaruah dan berprinsip dalam perjuangan politiknya.
Sebenarnya Hajiji boleh menegur dan menasihati Yong dalam isu ini, siapa juga Yong hanya ADUN di lantik dan partinya tidak memenangi sebarang kerusi semasa PRN ke16, justeru sebagai menghormati semangat setiakawan dan Ikhlas dalam mendokong kerajaan perpaduan apa perlunya Yong berada dalam PN tidakkah ini dikatakan beliau bermain dua kolam satu perbuatan yang tidak integriti bagi seorang pemimpin politik
Banyak pihak meminta Hajiji memberikan penjelasan terhadap isu ini ,bagaimanapun Hajiji terus membisu , beliau seolah-olah menghalalkan perbuatan tersebut.
Ekoran daripada itu maka timbullah persoalan apakah benar PGRS dibawah kepimpinan Hajiji ini iklas menyokong Kerajaan Perpaduan atau sekadar retorik .
Sejauh manakah Interpretasi Perdana Menteri terhadap kejujuran serta keikhlasan PGRS menyokong kerajaan Perpaduan yang dipimpinya kerana di Sabah sudah jelas Hajiji tidak menghormati dan menghargai usaha Anwar membentuk kerajaan perpaduan apabila UMNO/BN di peringkat pusat merupakan sebahagian dari pendokong pembentukan kerajaan perpaduan namun di Sabah Hajiji letakkan UMNO/BN sebagai pembangkang.
Mungkin pihak PGRS boleh bercakap di Sabah adalah kerajaan gabungan PGRS namun mereka perlu ingat sejarah kerajaan yang ada pada hari ini tidak akan terbentuk selepas PRN Sabah ke 16 tanpa adanya sokongan UMNO/BN .
Jika Hajiji tidak memperjelaskan isu ini beliau umpama peribahasa “ Memikul Biawak Hidup” terhadap perbuatan dua pemimpin PGRS ini yang tidak menunjukan semangat setiakawan serta keikhlasan menyokong kerajaan perpaduan atau sememangnya beliau bersikap hipokrit dalam isu ini.
Setengah pihak beranggapan inilah wajah sebenarnya PGRS dimana kebanyakan pemimpinnya suka berpindah dari satu parti ke lain parti , Hajiji sendiri dari UMNO bertukar ke Bersatu, selepas itu ke PGRS (GRS) dan bukannya sesutau yang menghairankan satu masa nanti jika PH tidak lagi berkuasa dan ditakdirkan PN menjadi pemerintah manusia pertama yang akan melompat adalah kelompok ini.