Pemuda UMNO main peranan penting dekati pengundi muda – Bung

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO perlu memainkan peranan penting dan lebih efektif dalam usaha mengukuhkan lagi parti di seluruh negara khususnya dalam mendekati golongan pengundi yang berumur 18 tahun agar memilih UMNO /Barisan Nasional sebagai wadah perjuangan politik mereka.

Advertisements

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata berdasarkan statitik pada pilihanraya umum yang lepas sokongan pengundi muda kepada BN/UMNO masih kurang memberansangkan, justeru pendekatan yang lebih berkesan kepada golongan ini perlu dilakukan agar sokongan mereka memihak kepada UMNO pada PRU/PRN akan datang.

“Pemuda UMNO perlu memahami dan menyelami citarasa golongan pegundi ini ke arah mana minat mereka antara aktiviiti sukan, kesenian,riadah ,kebajikan dan tidak kurang penting ialah pendedahan ilmu kemahiran kepada belia yang masih menggangur,” katanya.

Bung berkata demikian dalam amanatnya ketika menerima kunjungan hormat dan sesi suai kenal Pergerakan Pemuda UMNO Sabah di bangunan UMNO Karamusing pada Khamis.

Hadir sama Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Arifin, Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah Azhier Farhan, Penolong Setiausaha UMNO Sabah Alfian Sambas ,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah Sufian Abd Karim serta Ketua Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dari seluruh bahagian di Sabah.

Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menambah, bagi membantu golongan muda meningkatkan ekonomi mereka, Pergerakan Pemuda UMNO juga wajar memberikan pendedahan ilmu kepada golongan ini melalui kerja sama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk melaksanakan program kemahiran seperti kursus ,seminar dan sebagainya agar golongan muda dapat didedahkan peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan yang boleh mereka manfaatkan untuk melakukan kegiatan perniagaan untuk meningkatkan taraf siso ekonomi mereka.

Semasa menyampaikan amanat tersebut, Bung yang juga Pengerusi BN turut menyentuh pentingnya Pergerakan Pemuda menguasai Media Baharu
Katanya media baharu seperti Facebook, Instrgram, Titik Tok kini menjadi pilihan anak muda juga pilihan parti lawan untuk menyebarluaskan pengaruh disamping dijadikan flaffrom untuk menyerang parti dan pemimpin UMNO

Justeru tegas Bung UMNO khususnya Pergerakan Pemuda perlu lebih agresif menangkis serangan dan tohmahan bertali arus oleh ”keyboard warrior” terhadap parti itu di media sosial, dalam usaha menarik penyertaan lebih ramai golongan muda.

Menurut Bung perkara itu penting bagi mengelak generasi masa kini mempercayai bulat-bulat gambaran negatif serta maklumat tidak sahih disebarkan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan mereka berisiko menjauhi UMNO.

Katanya jentera media sosial UMNO melibatkan penggunaan medium seperti Facebook, Twitter Tik Tok dan Instagram perlu diperkasakan lagi dengan menyalurkan fakta jelas bagi memudahkan pemahaman generasi Y berhubung pelbagai isu termasuk fitnah politik yang sering ditimbulkan pihak tertentu untuk menjatuhkan parti.

“Media sosial merupakan sumber rujukan utama belia ketika ini, justeru UMNO perlu mengambil pendekatan serius bersifat menyeluruh dan terancang dalam menyalurkan maklumat berkaitan parti selain menentang segala dakyah terutama daripada pembangkang bagi memastikan parti mendapat sokongan anak muda,” katanya.

Selain itu, menurut Bung penggunaan media baru merupakan alternatif terbaik bagi mendekati generasi muda sekali gus mendengar suara hati mereka menerusi kaedah yang lebih mesra, santai dan tidak terlalu protokol.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles