KOTA KINABALU: Rumah Kanak-Kanak Don Bosco (RKKDB) Bundu Tuhan, Kundasang amat bertuah menerima kunjungan seramai 44 orang kakitangan daripada Syarikat WTW Property Services (Sabah) Sdn Bhd yang menyertai program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) bertemakan “Program Masih Ada Yang Sayang” di RKKDB pada Sabtu lepas.
Pihak RKKDB menzahirkan ucapan terima kasih kepada rombongan yang melaksanakan program CSR itu yang diterajui Presiden Sport Club WTW,Encik Fernandez Cornelius William.
Program CSR itu, antara lain, bertujuan memberikan sokongan moral kepada kanak-kanak di situ.
Program tersebut bermula dari jam 10 pagi dan berakhir 3 petang.
Turut hadir bagi memeriahkan program CSR itu ialah Penasihat Kewangan WTW, Datuk Chong Choon Kim dan isterinya, Datin Vinis Kaw serta Encik Johnny Chong selaku Pengarah Urusan syarikat WTW Property Services.
Program itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh presiden kelab sukan dan disusuli majlis penyampaian Mock Cheque iaitu sumbangan ikhlas yang berjaya dikumpul sebanyak RM7,700 kepada Rumah Kanak-kanak Don Bosco.
Turut disampaikan ialah sumbangan daripada peserta-peserta program berupa makanan, pakaian dan alat alat sekolah.
Aktiviti sampingan bagi menceriakan suasana program CSR itu turut diadakan.
Ini termasuk makan tengah Hari bersama, dan melakukan aktiviti Fun Games bersama-sama 42 orang kanak kanak pada sesi petang.
Sehubungan itu, pihak WTW mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak RKKDB yang berbesar hati menerima lawatan rombongan mereka.
RKKDB juga menaruh harapan agar program CSR yang serupa dapat diteruskan pada masa hadapan.