Galakkan Anak-Anak Terlibat Sukan Bola Sepak Di Peringkat Awal – Awang Aslee

MENUMBOK: Ibu bapa perlu memberi galakkan serta memberi pendedahan awal kepada anak-anak mereka agar dapat mengembangkan bakat khususnya dalam sukan berkenaan.

Advertisements

Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee berkata, pendedahan di peringkat awal sesuai bagi membolehkan kanak-kakak ini terlibat secara langsung dalam sukan itu di masa depan.

Katanya, melalui pendedahan awal itu sudah pasti dapat mencungkil bakat sekali gus dibimbing melalui jurulatih yang bertauliah agar dapat dilatih menjadi pemain yang berkualiti kelak.

“Ini merupakan satu usaha yang baik bagi membolehkan kanak-kanak muda ini minat sukan bola sepak di samping berpeluang menimba pengalaman melalui tunjuk ajar jurulatih yang bertauliah serta berkelayakan.

“Usaha ini perlu diperluaskan bagi memberi ruang kepada kanak-kanak agar usaha tidak terhenti setakat ini sahaja malah dapat dikembangkan melalui pertandingan di masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Merasmikan klinik bolasepak Peringkat Daerah Kuala Penyu Anjuran Sekolah Rendah (SK) Pekan Menumbok dgn kerjasama TABS SAFA Bandaraya Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Awang Aslee berkata, untuk memastikan mereka berjaya sokongan ibubapa sangat penting untuk menggalakan anak-anak mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti sukan bola sepak ini.

Dalam tempoh sama, ibubapa perlu memberi keutamaan kepada pendidikan anak mereka agar seimbang dengan aktiviti sukan mereka.

“Kita yakin ibubapa sangat bijak mengatur jadual anak-anak mereka agar tidak tercicir dalam bidang pelajaran kelak.

“Ibubapa perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui status pembelajaran anak-anak mereka,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Akademi Bola Sepak Peringkat Daerah Menumbok akan ditubuhkan dengan bantuan teknikal daripada TABS SAFA Bandaraya.

“Kita ketika ini dalam peringkat perbincangan dengan pihak terlibat bagi memastikan penubuhannya akan dapat direalisasikan kelak.

“Ibubapa perlu menyokong usaha ini dengan memberi peluang kepada anak mereka terlibat dalam klinik bola sepak ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles