Mahkamah batalkan kemenangan MP di Kuala T’ganu

Sumber Malaysiakini

Advertisements

KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen PAS Ahmad Amzad Hashim di Kuala Terengganu pada PRU15.

Menurut laporan Malaysiakini, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Firuz Jaffril hari ini membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon BN di kerusi Parlimen itu, Mohd Zubir Embong pada 3 Januari lepas.

Peguam Amzad, Yusfarizal Yusoff mengesahkan keputusan itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Dia juga berkata mereka akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Rayuan untuk petisyen pilihan raya dibawa terus ke mahkamah itu, tanpa melalui peringkat Mahkamah Rayuan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles