Kesepakatan Jitu Warga Sekolah Dapat Melahirkan Pelajar Cemerlang

PAPAR : Dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, ko kurikulum dan sahsiah diri, warga sekolah perlu mewujudkan pasukan yang mantap dan mempunyai kesepakatan kerjasama yang padu.

Advertisements

Sehubungan itu, Focal person Kebangsaan Kementerian Pendidikan bagi Kumpulan Pelibatan Ibu Bapa Komuniti Swasta di Sabah, Mohammad Arif Tun Sakaran berkata aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara pendidik dan kakitangan sokongan di sekolah serta ibu bapa perlu diadakan dari masa ke semasa seperti program membina kesepakatan berpasukan atau team building.

Focal person adalah sukarelawan yang berperanan membantu Kementerian Pendidikan dalam usaha mentransformasikan pendidikan melalui penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta.

“Program ini mewujudkan satu semangat kerjasama di antara PIBG dan pihak sekolah. Dengan adanya program program sebegini, ia dapat mengeratkan lagi (hubungan)
di antara guru dan PIBG.

“Ini langkah yang terbaik untuk kita menyatukan bukan hanya di kalangan pelajar, malah juga perlu ada kesepakatan yang jitu di kalangan warga pendidik dan ibu bapa pelajar,” katanya ketika ditemui media di program team building Maktab Sabah di Pantai Pasakon di Beringgis, di sini, semalam.

Mohammad Arif yang juga
Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maktab Sabah berkata pihak PIBG akan sentiasa menyokong program seperti ini dan berharap program ini diteruskan.

Sementara itu Pengetua Maktab Sabah, Nurani Fauziah Derin berkata program ini bertujuan mengukuhkan lagi hubungan di kalangan warga sekolah agar dapat saling bantu membantu ketika melaksanakan tugasan hakiki di sekolah agar tugasan harian berjalan dengan lebih mudah, lancar dan baik tanpa banyak rintangan.

Program sehari ini disertai 120 warga pendidik, kakitangan sokongan dan PIBG Maktab Sabah.

“Objektif program ini supaya warga sekolah dapat saling mendekati agar tiada halangan ketika melakukan tugasan seharian. Jika kita lebih mengenali antara satu sama lain, maka akan wujudlah persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Katanya ini sekaligus membantu mencapai visi untuk menempatkan Maktab Sabah di kedudukan lebih tinggi dalam kecemerlangan akademik khususnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles