Kuskop adakan kunjungan hormat kepada TYT Sabah

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama agensi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin, di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.

Advertisements

Rombongan itu diketuai oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, dan diiringi oleh Ketua Setiausaha Kuskop Dato’ Sri Suriani Ahmad

Turut serta dalam kunjungan itu Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM Siti Azlin Ahmad Dauta, Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM Amran Abd Kadir, Pengarah SKM Negeri Sabah Matias Kundapin dan Pengarah Bahagian Pembangunan Koperasi SKM Mohd Firdaus Hussin.

Ewon berkata, kunjungan itu antaranya memaklumkan dan seterusnya menjemput TYT merasmikan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi dan Hari Koperasi Negara (HKN) 2023 Sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023, yang akan diadakan di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu pada 20 Julai ini.

Beliau berkata, dua anugerah utama akan disampaikan sempena majlis itu, iaitu Tokoh Koperasi Negara dan Koperasi Premier Negara.

“HKN akan menghimpunkan gerakan koperasi dari seluruh Malaysia. Turut bersama dalam program ini adalah pemimpin-pemimpin koperasi dari Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei, Filipina, Singapura dan Thailand.

“Pada masa yang sama, HKN dengan tema penganjuran “Malaysia Madani Teras Kecemerlangan Koperasi” akan turut dianjurkan. HKN ini buat julung kalinya di Negeri Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu. Hari Koperasi Negara 2023 akan berlangsung selama tiga (3) hari iaitu bermula 21 hingga 23 Julai 2023 (Jumaat hingga Ahad).

Penganjuran HKN akan menghimpunkan gerakan koperasi dari seluruh Malaysia. Turut bersama dalam program ini adalah pemimpin-pemimpin koperasi dari Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei, Filipina, Singapura dan Thailand.

Seramai 5,000 orang pengunjung disasarkan sepanjang penganjuran berlangsung. Antara pengisian sempena Hari Koperasi Negara 2023 adalah ekspo dan pameran daripada gerakan koperasi yang melibatkan 200 pempamer produk dan perkhidmatan dari dalam dan luar negara. Turut juga diadakan Forum Perdana, Pameran Kerjaya, Padan Niaga dan Jualan Murah MADANI. Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2023 akan diadakan pada 22 Julai 2023 (Sabtu).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles