KOTA KINABALU : Ahli Pemuda Umno digesa supaya berperanan lebih intelektual dalam mendekati golongan muda yang majoritinya merupakan pengundi atas pagar dan merupakan penentu kemenangan kepada parti bila berhadapan dengan pilihanraya.
Ketua UMNO Bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata tidak mencukupi bagi pergerakan itu hanya kuat dari segi jenteranya apabila berhadapan dengan pilihanraya namun golongan muda perlu didekati dan diberikan perhatian kerana golongan muda kini mahukan jawapan kepada pelbagai isu berkaitan parti dan kerajaan.
“Pemuda Umno dan Umno perlu menang dalam gelanggang idea dan juga isu. Dia (golongan muda) nak tengok ketangkasan pemimpin menjawab isu dan menyerlahkan isu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan kejohanan bola tampar tertutup anjuran Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Putatan di Pulau Gaya dekat sini baru-baru ini.
Menurut Jeffery yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah walaupun dalam kontek Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat UMNO/BN adalah sebahagian dari kerajaan namun dalam kontek Sabah UMNO dianggap sebagai pembangkang.
“ UMNO di Sabah berhadapan dengan serangan dalaman banyak isu dimainkan untuk menyerang Umno dan Barisan Nasional termasuk pemimpin yang kebanyakannya merupakan fitnah dan perlu diperjelaskan kerana ia boleh merebak dan menjadi kepalsuan yang akhirnya diterima rakyat.’Katanya
Menurut Jeffery anggota Pemuda Umno perlu menerima hakikat bahawa golongan muda sekarang adalah golongan terpelajar dan walaupun sesetengah daripada mereka tidak belajar hingga ke peringkat universiti, namun mereka terdedah kepada pelbagai sumber maklumat.
“Mereka amat kritikal sekali dalam Facebook Tik Tok dan Twitter., pihak lawan gunakan flaffrom ini menyerang parti dan pemimpin , maka kita (pemuda) tidak boleh berdiam diri kita perlu gunakan flatfrom ini untuk menangani dan memberikan penjelesan agar pemikiran pemuda tidak dirosakan dengan dakyah mereka yang akhirnya membawa kesan negetif kepada parti” Jelas Jeffery
Beliau berkata bagi memantapkan lagi tugasan ini jentera penerangan pergerakan itu perlu membentuk satu pasukan yang aktif dimedia sosial seperti facabook tit tok, twitter instigram termasuk portal bukan sahaja mempertahankan serangan pihak lawan tapi memperjelaskan program yang telah dan akan kita laksanakan untuk pemuda dan ahli-ahli parti.
“Peperang isu akan menjadi faktor penentu undi golongan muda pada pilihan raya umum atau pilihanraya negeri akan datang justeru kita perlu bersedia dari sekarang” katanya.
Dalam perkembangan yang sama Jeffery juga mengingatkan jentera pemuda agar sering kali turun padang menganjurkan pelbagai program yang dekat dengan golongan muda antara aktiviti sukan, kebudayaan, sosial, kebajikan Pendidikan dan sebagainya agar kewujudan pemuda UMNO itu akan da[at dirasai oleh ahli parti dan masyarakat secara keseluruhanya.