PENAMPANG:: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri yang pertama menghadiri Sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan, dekat sini hari ini.
Seperti yang diduga, kemunculan Anwar menepati jangkaan sebagai pemimpin nombor satu negara untuk semua bangsa dan kaum.
Berucap pada majlis itu, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan serius untuk menyelesaikan dengan segera pelbagai masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini, termasuk isu air.
Sehubungan itu, beliau berkata satu mesyuarat tertinggi bersama kerajaan Pusat dan kerajaan negeri akan diadakan esok bagi mencari jalan penyelesaian terbaik masalah air di Sabah.
Selain itu, beliau berkata tindakan segera telah diambil bagi mempercepatkan pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo.
Anwar berkata Kaamatan merupakan pesta rakyat, dan mana-mana perayaaan adalah perayaan masyarakat bersama untuk dimuliakan.
Katanya beliau akan ke Sarawak esok untuk sama-sama merayakan Hari Gawai.
Anwar turut memberi jaminan untuk memberi bantuan RM1 juta bagi melaksanakan kegiatan KDCA.
“Saya juga tunggu siap kertas cadangan untuk menubuhkan Universiti KDM,” katanya.
Beliau berkata kerajaan Perpaduan sentiasa menghormati apresiasi Perjanjian Malaysia 1963.
Majlis penutupan Sambutan Kaamatan peringkat negeri Sabah itu dilsempurnakan Yang di-Pertua Negeri Mohammad Tun Juhar Mahiruddin