KOTA BELUD : Pemain industri pelancongan di negeri ini diminta agar meneroka idea-idea baharu untuk menghasilkan produk pelancongan menarik sekali gus memastikan Sabah terus menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara.
Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Azuwan Marjan Norjan berkata langkah itu perlu sebagai persediaan menarik lebih ramai kehadiran pelancong khususnya dari luar negera melawat negeri ini termasuk ke daerah Kota Belud
“Langkah ke hadapan perlu kita rancang dari sekarang dengan mempelbagaikan prodak pelacongan sebagai daya tarikah baharu kepada pelancong melawat ke daerah ini sekali gus ianya mampu menyumbang kepada peningkatan taraf siso ekonomi masyarakat setempat” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program santai pertandingan Wau dan Layang-Layang di kampung Kulambai dekat sini kemarin.
Menurut Azuwan walau pun daerah Kota Belud terkenal dengan alam faunanya,pulau, sungai ,pantai dan budayanya tapi usaha untuk menambah prodak pelancongan berasaskan prodak tempatan perlu dilakukan agar pelancong mempunyai banyak pilihan lokasi yang dilawati.
Azuwan berkata pertandingan Wau dan layang-layang yang dianjurkan oleh komuniti kampung Kulambai merupakan usaha yang perlu dipuji dan diberikan sokongan bagi menjadikan program tersebut sebagai program tahunan dianjurkan dalam skala yang lebih besar dan melibatkan penyertaan dari luar.
“ Kita bangga dengan penganjuran yang dilakukan oleh penduduk di kampung ini, mungkin di tempat lain sudah ada yang mengadakanya, bagaimana pun penganjuran ini langkah awal untuk kita menganjurkan dalam skala yang lebih besar pada masa akan datang berlandaskan kepada budaya tempatan seperti corak wau dan layang-layang yang beridentiti tempatan ” tambah Azuwan
Sementara itu, Azuwan juga mahu pemain industri pelancongan di negeri ini khususnya di daerah Kota Belud , termasuk dalam kalangan usahawan muda agar menggunakan teknologi baharu dalam mempromosikan produk pelancongan berasaskan kebudayaan tempatan.
Katanya cara itu boleh memperkenalkan keunikan kebudayaan Malaysia kepada negara luar sekali gus menarik minat pelancong berkunjung ke negara ini.