Matlamat pendidikan tidak mampu dijayakan bersendirian: Azuwan

KOTA BELUD : Matlamat untuk memperkasakan pendidikan tidak mampu dijayakan secara bersendirian khususnya Jabatan Pendidikan dan guru-guru tanpa sokongan daripada pelbagai pihak.

Advertisements

Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Azuwan Marjan Norjan, berkata ia memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan samaada ibubapa badan-badan NGO dan pertubuhan politik.

“Kejayaan sistem pendidikan sebagai perkhidmatan kepada masyarakat akan dinilai berdasarkan keupayaannya untuk dinikmati oleh kumpulan sasaran dan seterusnya untuk meningkatkan taraf kehidupan bagaimana pun tanggungjawab ini tidak boleh disandarkan semata-mata kepada pihak sekolah atau guru-guru ianya turut dijana oleh semua pihak yang berkepentingan,” katanya ketika ditemui selepas mengagih-agihkan Kerusi sumbangan UMNO Bahagian Kota Belud kepada 3 buah sekolah SMK Usukan, Sk Timbang Dayang dan SK Kulambai dekat ini baru -baru ini.

Menurut Azuwan pihak sekolah sentiasa bekerjasama dengan pelbagai kementerian, badan korporat, syarikat swasta, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kesatuan-kesatuan guru, Alumni dan pertubuhan pendidikan untuk menjana mutu serta pencapaian pendidikan di negara ini .

“Dengan adanya kolaborasi ini hasrat meletakkan tahap serta mutu pencapaian pelajar dalam bidang pendidikan akan lebih berkesan dan menyerlah,” katanya

Azuwan berkata walaupun tiada mekanisme spesifik digariskan untuk menggembleng tenaga dan usaha daripada semua pihak, sekolah sentiasa bersikap terbuka terhadap cadangan dan saranan dikemukakan oleh pihak luar.

Mengulas program tersebut Azuwan berkata ianya sebahagian dari tanggungjawab sosial parti kepada pihak sekolah walaupun ianya merupakan sumbangan kecil tapi dapat membantu meringankan beban sekolah terutamanya dalam penyediaan fasiliti kepada para pelajar.

“ Kita tidak terhenti dengan bentuk sumbangan seperti ini, untuk lain-lain program demi memperkasakan mutu dan pencapaian akademik pelajar,melalui Biro Pendidikan UMNO bahagian kita juga bercadang menganjurkan beberapa siri kem atau seminar mitovasi dengan penglibatan pakar-pakar dalam bidang ini pada masa akan datang” tambah Azuwan

Sementara itu, Azuwan berkata, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda ke arah melahirkan tenaga kerja terlatih dan berdaya saing dan mencukupi dengan keperluan negara.

“Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi” katanya

Related Articles

253FansLike

Latest Articles