Hajiji Tinjau Penggunaan Sistem Persidangan Digital DUN Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meninjau
penggunaan Sistem Persidangan Digital yang akan digunakan oleh Dewan Undangan
Negeri (DUN) Sabah di bangunan DUN Sabah, hari ini.

Advertisements

Sistem baharu itu akan digunakan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Ke16 yang dijadualkan pada minggu hadapan. Lebih 70 “touch-sceen tablets” telah
dipasang untuk kegunaan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerusi kerja
menaik taraf sistem persidangan semasa kepada sistem persidangan digital tanpa
kertas (paperless conference system).

Hajiji diberi taklimat dan cara penggunaan sistem itu oleh Jurutera (Elektrikal) Jabatan
Kerja Raya (JKR) , Cik Lornetha Daim.

Mengiringi Hajiji ialah Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan
Setiausaha DUN Sabah, Puan Rafidah Maqbool Rahman.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles