2,000 Penduduk SFI Tertekan Bekalan Elektrik, Air Dipotong – Abd Aziz

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu menjelaskan status perancangan Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) seperti dinyatakan pada 2022 yang lalu.

Advertisements

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan (WARISAN) Abd Aziz Taip berkata, perkara ini penting agar ada jaminan suoaya kakitangan SFI diambil bekerja semula dibawah sustainable forest timber utilisation, processing, management, conservation research and development scheme.

Katanya, tindakan ini penting dilakukan segera oleh GRS sebagai pemerintah yang mempunyai kuasa untuk mengutamakan kebajikan sekali gus demi kesejahteraan rakyat yang terlibat.

“Ketika ini penduduk SFI terjejas akibat bekalan elektrik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dipotong sejak 2 Mei lalu mengakibatkan penduduk dianggarkan lebih 2,000 termasuk keluarga dan anak-anak berada dalam gelap gelita ketiadaan bekalan elektrik dan air sehingga kini.

“Sehingga kini sudah hampir 10 hari penduduk SFI hidup tanpa bekalan elektrik dan air yang sempurna. Lebih mendukacitakan ia berlaku ketika umat Islam masih lagi merayakan suasana Hari Raya Aidilfitri.

“Terbaharu hari ini 10 Mei Tadika Perpaduan SFI memulakan persekolahan tanpa bekalan elektrik dan air. Bayangkan keperitan anak-anak kecil ini menimba ilmu? Mereka tidak mengerti masalah yang dihadapi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Abd Aziz merupakan Ketua Bahagian Warisan Sipitang dalam masa sama kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor perlu mengeluarkan status kawasan Kompleks SFI yang meliputi kawasan perumahan, sekolah dan masjid daripada pemilikan konsesi tanah milik SFI sepertimana didakwa telah diserahkan kepada pihak tertentu.

“Selepas kawasan kompleks SFI dibawah kerajaan negeri sepenuhnya, maka pihak SESB dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) hendaklah dibawa ke meja rundingan sekali gus penyelesaian untuk memberikan meter individu kepada setiap premis.

“Warisan Bahagian Sipitang sudah beberapa kali mencadangkan supaya kerajaan GRS mengadakan sesi libat urus (engagement) bersama pekerja SFI diadakan segera bagi membincangkan isu-isu yang ditimbulkan sekali gus mencari jalan penyelesaian yang tuntas.

“Kerajaan GRS hendaklah mewujudkan satu Jawatankuasa Perundingan dan Penyelesaian SFI dan bersikap adil serta professional mencari solusi masalah rakyat di SFI,” katanya.

Menurutnya, tindakan membiarkan penduduk SFI tanpa bekalan elektrik dan air yang sempurna bukanlah satu tindakan `memaksa’ mereka mengosongkan tanah dan kawasan perumahan SFI.

“Sekiranya benar ia adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan sikap lepas tangan kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin serta Ahli Parlimen Sipitang dan pemimpin kerajaan yang lain adalah sangat dikesali.

“Kerajaan negeri hendaklah secara proaktif merancang serta melaksanakan program untuk memastikan penduduk SFI terbela dan sebagai rakyat tempatan Sabah mereka menikmati kehidupan yang lebih sempurna di tanahair sendiri,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles